Tak Tahu Cara Daftar Netflix? Katanya Ada Pelan Yang Lebih Murah, RM17 Je Sebulan

netflix murah

Beberapa hari yang lepas, pihak Netflix secara rasmi telah mengumumkan pelan terbaru daripada mereka yang pastinya lebih murah daripada pelan yang sedia ada.

Selain daripada pelan yang lebih murah dan berpatutan diperkenalkan itu, yang lebih manis, Malaysia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menerima pelan terbaru ini.

Jadi apa pelan yang diperkenalkan tersebut? Berapa RM sebulan? Betul ke murah daripada pelan-pelan sebelum ini? Jawapannya Ya! Kini anda boleh langgan dan stream menggunakan Netflix dengan hanya bayaran RM17 sebulan. Dengan bayaran tersebut, anda bebas menonton semua kandungan Netflix yang disediakan bila-bila masa sahaja.

netflix murah

Langganan Netflix Hanya RM17 Sebulan 


Dengan bayaran RM17 sebulan (pelan Mobile) anda boleh menonton semua kandungan Neflix tanpa gangguan atau iklan di dalam Standard Defintion (SD) tetapi hanya boleh ditonton sama ada pada (1) satu telefon bimbit atau (1) satu tablet dalam satu-satu masa.

netflix murah

Jika membuat perbandingan dengan pelan yang disedia ada, dari segi harga, sudah pastinya pelan Mobile ini memberikan sedikit kelebihan dengan penawaran harga yang paling murah berbading pelan lain.

Jika anda berminat untuk menggunakan Netlfix buat kali pertama, anda boleh dapatkan Free Trial secara percuma selama sebulan juga tanpa gangguan dan iklan. Jika terus masih berminat selepas tempoh percubaan habis, anda boleh memilih 4 pelan yang ditawarkan iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium.

Cara Daftar Akaun Netflix


Anda boleh menggunakan pelbagai platfom bagi menonton Netflix sama ada, telefon, tablet, laptop dan juga TV. Selain menonton secara streaming, anda juga boleh muat-turun kandungan Netflix jika mahu menontonnya dimasa lain dan yang pastinya kandungan hiburan yang disediakan tidak terkira dan pasti memuaskan pengguna Netlfix.

Meh sini aku ajar korang, macam mana nak daftar akaun Netflix bagi buat pertama kali ingin menggunakannya

  Langkah 1  
Pergi ke laman web Netflix di www.netflix.com kemudian klik Try 30 Days Free

netflix murah


  Langkah 2  
Bahagian seterusnya anda perlu pilih 4 pelan yang ditawarkan iaitu Mobile, Basic, Standard dan Premium dan setiapnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

  Tips  
Sebenarnya jika dilihat ciri-ciri bagi setiap pelan anda boleh dapatkan akaun Netflix lebih murah dan lebih berbaloi bila anda langgan pelan Premium bersama 4 orang lain. Jika anda berkongsi dan membayar RM51 sebulan dengan 4 rakan anda yang lain, sebenarnya anda hanya membayar RM13 sahaja dan ciri yang diberi pun lebih menarik seperti mempunyai akses kepada High Defintion (HD) dan Ultra High Definition (UHD) berbanding pelan lain.

Lebih baik anda cari 4 rakan yang lain dan kongsi akaun sahaja.

netflix murah


  Langkah3  
Daftar akaun Neflix anda dengan mengguna email yang boleh diakses sepanjang masa.

netflix murah


  Langkah4  
Terakhirnya anda perlu masukkan cara bayaran langganan anda. Netflix menggunakan bayaran Autopay bagi setiap bulan. Jangan risau, 3 hari sebelum tarikh percubaan anda tamat, pihak Netflix akan mengingatkan anda. Anda boleh cancel langganan bila-bila masa sahaja yang anda suka.

Jadi anda boleh pilih menggunakan 3 kaedah iaitu :

Bayar secara debit menggunakan kad debit
Bayar secara bil bulanan postpaid telefon anda (hanya pengguna Maxis, Digi, Celcom)
Bayar secara Gift Code Netflix yang boleh didapati di pasaran

netflix murah

(bayaran RM5 akan di caj sejurus pendaftaran dibuat. Tetapi jangan risau, pihak Netflix akan refund kembali RM5 anda ke akaun yang didaftarkan sebelum ini. Ianya hanya tujuan verikasi sahaja)

Sebelum selesai, anda masukkan No Telefon bagi tujuan varifikasi.

Selepas itu, anda sudah bebas menonton kandungan Netflix bila-bila masa dan dimana-mana sahaja tanpa gangguna dan iklan. Mungkin Netflix ini adalah inisiatif kepada siaran berbayar yang ada diluar sana dan nampak lebih murah dan mengutungkan. 

Dan baca? Berminat tak nak daftar Netflix ini? Boleh dah mula daftar. Jika artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan anda di media sosial terutamanya. 

Aiman

Full time blogger. Boleh emel untuk kerjasama : aiman6991@gmail.com twitter blogger

Previous Post Next Post