Senarai Penuh Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) 2018

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) 2018

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) 2018 | Semalam 7 Oktober 2018 telah berlangsung anugerah berprestij bagi mengiktiraf kepopularan artis tempatan sepanjang tahun. Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau ABPBH kali ini merupakan acara yang ke 31 yang telah di adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Anugerah ini dapat disaksikan secara langsung di TV3 dan kali ni 13 kategori utama telah dipertandingkan serta 5 kategori online. ABPBH secara amnya diundi sepenuhnya oleh peminat iaitu secara manual iaitu dengan pembelian surat khabar ataupun secara atas talian di website Berita Harian sendiri. Kali ini juga, ABPBH memberikan tema infiniti bagi mewarnai lebih lagi acara tersebut.

Pada malam itu, pengacara yang telah digandingankan dan terlibat adalah  Ajak Shiro, Janna Nick dan Zara Zya. Persembahan selingan juga tidak kurang hebatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jeffrydin, Ramlah Ram, Amy Mastura, Misha Omar, Siti Sarah, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan ramai lagi yang turut terlibat pada malam tersebut. Akhirnya Wany Hasrita telah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular ABPBH ke-31 bagi tahun 2018. Jom kita tengok senarai artis lain yang memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 31) 2018
sumber: beautifulnara


Senarai Penuh Pemenang ABPBH 31

Kategori Utama


Bintang Paling Popular: Wany Hasrita

Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry

Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Alif Satar

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online


Gandingan Serasi Drama Popular: Fattah Amin & Nur Fazura

Gandingan Serasi Filem Popular: Zul Ariffin & Nur Fazura

Artis Sensasi Popular: Neelofa

Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa

Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis


Tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Artis Paling Popular ABPBH 2018

Aiman

Full time blogger. Boleh emel untuk kerjasama : aiman6991@gmail.com twitter blogger

Previous Post Next Post